Tuesday, November 23, 2010

Memori perkahwinan Farhana & Azizi


Memori majlis perkahwinan Farhana dan Azizi di Selama, Perak, diabadikan buat tatapan si suami yang kini terpaksa bertugas di Negeri Sembilan buat sementara waktu. Terubat rasanya rindu Farhana apabila rakaman fotografi yang digubah dan disusunkan di dalam custom album dapat ditatapi sebelum melabuhkan tirai di malam hari, hingga dibuai bersama keindahan mimpi. Tahniah untuk Farhana dan Azizi.
[ Tarikh nikah: 22 september 2010 | Majlis Perkahwinan dirumah lelaki: 26 september 2010 ]

Tuesday, February 16, 2010

Ikatan cinta Dr. Amir & Dr. Rahimah


Setelah sekian lama sama-sama berkhidmat untuk orang ramai, Dr. Amir dan dan Dr. Rahimah yang masing-masing merupakan doktor pakar dan rakan tugas akhirnya disatukan sebagai pasangan suami isteri yang sah. Majlis meraikan kedua pasangan mempelai turut diadakan dengan sederhana tetapi meriah di Kulim, Kedah pada 9 januari 2010. Pasangan ini mendapat khidmat Butik Bonda Kulim untuk persiapan pelamin, bilik, make-up dan pakaian pengantin dan Foursmat fotografi menyediakan pakej gambar CA berukuran 15" x 12" bagi rakaman memori terindah ini....

Sunday, August 30, 2009

Logo baru untuk Foursmat


Akhirnya Foursmat Ent. telah melancarkan logo barunya. Tujuan utama logo baru ini dilancarkan adalah untuk menyeragamkan semua produk keluaran Foursmat Ent. Selain daripada meningkatkan kualiti penerbitan foto dan video untuk pelanggan-pelanggan, Foursmat juga sedang merangka untuk melancarkan baju-T bagi kegunaan ahli-ahli kerja Foursmat Ent. Ini adalah sebagai penghargaan kepada ahli-ahli kerja yang telah banyak membantu dalam meningkatkan produktiviti dan kualiti perkhidmatan Foursmat Ent. Foursmat Ent. sentiasa bersyukur ke hadrat Ilahi dan berterima kasih kepada semua pelanggan yang telah banyak memberi peluang kepada Foursmat untuk terus berbakti dalam mengabadikan kenangan-kenangan indah mereka.

Monday, August 24, 2009

Majlis pernikahan jurufoto foursmat

Fad atau nama glamournya Pak Lah akhirnya menyahut seruan... majlis pertunangan dan pernikahannya telah selamat dilaksanakan di Terengganu. Pertemuan dengan si dia yang bernama Jamilah di sebuah majlis perkahwinan rakan di Nibong Tebal telah membenihkan perasaan cinta yang akhirnya membawa kebahagiaan....dalam bulan Julai 2009 baru-baru ini. Tahniah kepada Fad dan Jamilah....!!! Semoga kebahagiaan dan rezeki sentiasa bersama mereka. Terima kasih kepada Eddy yang telah merakamkan majlis bersejarah ini untuk ditonton bersama dilaman blog ini. Tidak dilupakan juga kepada jurufoto Wan yang turut menemani Fad di sepanjang perjalanan peristiwa indah itu.... Harap-harap Pak Lah tak gantung kamera SLR Nikon tu selepas ni.... maklumlah, dah dapat teman baru.

Perkhidmatan Video...

Foursmat Ent. turut menyediakan perkhidmatan penggambaran video untuk majlis-majlis pertunangan, pernikahan, perkahwinan dan majlis-majlis rasmi yang lain. Dari harga serendah RM450.00, kami akan menghasilkan hasil rakaman video dalam bentuk DVD dengan suntingan audio dan visual. Butik Mempelai Anjung Amie yang beroperasi di Parit Buntar dan Bagan Serai, adalah antara pelanggan utama kami yang telah memberi kepercayaan penuh untuk beberapa rakaman video perkahwinan.

Thursday, April 17, 2008

Tempahan pekhidmatan fotografi perkahwinan


Buat masa ini, tempahan untuk bagi sessi fotografi majlis perkahwinan begitu menggalakkan. Sekiranya ingin membuat tempahan, harap dapat menghubungi pihak kami dengan lebih awal. Dengan mengutamakan kualiti dan grafik terkini, kami menyediakan pakej yang termurah mengikut pilihan anda. Sebarang keterangan lanjut, boleh hubungi Pn. Sofia (012-4023482) atau Mat Akhir (012-557 4067).
Anda juga boleh melayari http://akhirphoto.fotopages.com/ untuk contoh-contoh terkini dan komen. Terima kasih kerana melayari blog ini.